Image

Minggu Ini, Saya Menghadiri Banyak Jamuan Sempena Hari

Minggu ini, saya menghadiri banyak Jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri. Ada beberapa di Jerantut, Temerloh dan Maran. Terima kasih saya ucapkan kepada tuan rumah yang sudi memberi jemputan dan meluangkan masa dan tenaga bagi menjamu kami yang hadir ke majlis Jamuan Hari Raya.

Semoga tuhan memberkati dan mempermudahkan segala urusan buat semua yang telah bertungkus lumus menyediakan pelbagai juadah dan peluang untuk Peguam-Peguam seperti saya bertegur sapa dan bertukar pandangan semasa jamuan diadakan.

Sejujurnya, saya rasa sangat kagum kerana dapat melihat kesanggupan yang luar biasa dari tuan rumah yang telah berbaik hati menjamu kami dan saya doakan selamat maju jaya di dalam perniagaan dan kehidupan masing-masing.

Semoga ukhuwah dan tradisi yang baik seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.